//Yaya, That's me.

Suasana di sini
Saturday, August 17, 2013 8:15 PM






السلام عليكم و رحمة الله و بركاته





16 ogos 2013- Library


Harini genap umurku yang ke Belasan tahun 2 hari tu. Hihi.

Alhamdulillah, hampir 3 bulan aku berada disini. Menuntut ilmu, agar menjadi insan berguna. Banyak pekara yang aku belajar, banyak benda yang aku ketahui dan banyak jenis sahabat yang aku lihat.

Pendiam? Mungkin itu sifatku. Mungkin dengan itulah aku kurang disengani di dalam kelas. Apa boleh buat. Tak mungkin kan aku ingin berubah menjadi ' PLASTIK' semata-mata dihadapan mereka?

Alhamdulillah, aku dikelilingi dengan sahabat yang baik dan keluarga kecil (usrah) yang sentiasa membimbing aku disini. Banyak aktiviti yang dah aku lakukan disini. Harini, aku menaip dirumah ku sendiri, rindu yang mengunung ini sudah beransur pergi. Tapi aku yakin, ia akan menjelma lagi.

Jadi diri sendiri lebih mudah daripada jadi Plastik! Tak boleh nak kitar semula kalau orang dah tak suka. 

Tapi, Kalau jadi diri sendiri sekurang-kurangnya kalau orang tak suka masih boleh perbaiki diri.



Disini, aku belajar bagaimana nak uruskan masa, kewangan dan juga masalah dengan sendiri. Benar, ada kala aku tewas. Aku tak tahu bagaimana nak luahkan, hanya pada MU aku memohon agar dipermudahkan segala urusan.

Sakit. Itu yang sedang aku alami. Tiada siapa pun mengetahui, apa sakit yang aku lalui. Hanya aku, mak dan juga roomate tersayang. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa ini semua terjadi kepadaku? adakah kerana kealpaan dan lekanya aku dahulu terhadapMu?

Kini, aku mengerti, sesungguhnya DIA sedang menguji aku. Cuma aku pohon, berikan lah aku kesempatan untuk menamatkan pembelajaran aku untuk sem kali ni. 

Sebenarnya, aku tiada topic khas nak diceritakan, hati aku bercampur bermacam-macam rasa. Maaf.

p/s: Doakan aku diberikan kekuatan dalam menempuhi segala halangan dan dugaan yang datang menimpa diri. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi ujian kepada hambanya jika dia tidak mampu. AMIN......


Bye, nak balik Port Dickson dah! n-n




                                                                                                                                                                                     Lot of love; Yaya   



♥ 0 Comment(s) ♥
PAST FUTURE

The owner ;



Updates : fall in love, again



Holla ! You've dropped in my space and be nice here. Just call me Yaya

Politeknik Port Dickson
Diploma Sains Kesetiausahaan

Photobucket

On Blogger since December 2010
Cbox Song ;



♦ URL blog wajib ade not email
♦ Harsh words & Anon not allowed



carta hati ;

My Family!
My Friends And you!

Incik Naz | Abg Hilman | faris | syarah | Abg Firdaus