//Yaya, That's me.

Selamat Tinggal Kuala Lumpur.
Saturday, June 15, 2013 9:38 AM






السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Kemungkinan, semasa korang membaca entry kali ini mungkin aku sudah pun bergerak atau sudah pun sampai di Port Dickson.Aku pergi bukan untuk suka suka, tapi pergi demi untuk menuntunt ilmu. Sungguh kini aku lemah.

Ya Allah, berikan lah aku kekuatan, kesabaran dan keyakinan sepanjang aku berada di sini.

Memang benar, kita berlantaikan bumi yang sama, berlangitkan langit yang sama, cuma hati aku tak pernah berjauhan bersama keluarga, lebih-lebih lagi ibuku. Benar, kita pernah berjauhan tapi tak lama. Paling lama 3-10 hari sahaja. Tapi kini situasi dan keadaan berbeza aku disini hampir 3 tahun. Jauh nun di sana , di negeri orang tanpa pengawasan dari keluarga.Benar, ketika aku mengarang entry ini kaki ku masih berada di rumah. Hatiku sentiasa disini.

Tiap malam. Hampir aku terlena di basahi air mata di pipi ku. Benar, aku pernah terasa ingin berjauhan dan berdikari, tapi harinya telah tiba dan aku akan pergi.

Ibu, ayah ampunkan daku. Doakan anakmu ini berjaya dunia dan akhirat. Semoga suatu hari nanti aku mampu membalas jasamu walaupun aku tahu jasamu terhadap ku terlalu luas bak lautan yang luas. Moga aku mampu berjasa kembali kepadamu. Doakan aku diberikan kekuatan. Sungguh itu yang ku harapkan padamu masa ini. Selain itu, doakan agar mindaku terbuka menerima ilmu disini, agar aku tidak berlari mengikut rentas arus moden masa kini ibu.

Ibu, ayah. Halalkan segala makan dan minum ku dari setitis susu ibu hingga kini aku berumur 19 tahun. Jika nak dihitungkan nilainya sungguh aku tak mampu membalas. Ku mohon satu. Doa daripadamu Ibu dan ayah.

Buat adik-adik ku yang masih dirumah, jagalah dirimu. Jauhkan dirimu dari terus leka dan lalai dek dunia. Tuntutlah ilmu, hingga kau berjaya. Aku bukan lah kakak yang terbaik untuk dijadikan role-model, tapi insyaAllah suatu hari nanti akan ku buktikan dengan keputusan UPSR, PMR, SPM ku yang teruk itu juga aku mampu berjaya!

Doakan aku pergi dengan selamat dan aku pulang dengan segulung harapan dan kejayaan.

Rumah, benar aku rindu. Rindu meleter kerana kau asyik bersepah. Sungguh BENAAAAAAAR AKU RINDU!


Kpd kawan-kawan , doakan kejayaan aku. Rindu korang.








♥ 0 Comment(s) ♥
PAST FUTURE

The owner ;



Updates : fall in love, again



Holla ! You've dropped in my space and be nice here. Just call me Yaya

Politeknik Port Dickson
Diploma Sains Kesetiausahaan

Photobucket

On Blogger since December 2010
Cbox Song ;



♦ URL blog wajib ade not email
♦ Harsh words & Anon not allowed



carta hati ;

My Family!
My Friends And you!

Incik Naz | Abg Hilman | faris | syarah | Abg Firdaus